jangan lupa permainan kita dulu...kenang kembali adakah anda pernah bermain permainan ini????
congkak oh congkak
Congkak sejenis permainan tradisional Melayu yang menggunakan papan kayu berlubang atau lubang di atas tanah dan buahnya daripada biji congkak,biji getah ,biji guli dan lain-lain. Di utara Semenanjung ianya dipanggil juga sebagai Jongkok.
Peralatan yang digunakan untuk bermain congkak biasanya diperbuat daripada pokok batang kayu besar yang diukir seperti perahu.Disebelah hujungnya diukir bentuk kepala pelbagai bentuk seperti burung manakala di bahagian papan badan diukir dengan pelbagai ukiran Melayu .
Lubang-lubang congkak dibuat dalam dua barisan selari antara satu sama lain yang disebut kampung. Pada penghujung kampung, terdapat sebuah lubang besar dan dalam dinamakan rumah.
Dua orang pemain duduk berhadapan menghadap papan congkak, dimulakan dengan kedua-dua pemain serentak mencapai buah di kampung masing-masing dan memasukkan buah satu demi satu di dalam lubang kampung dengan pergerakan dari kanan ke kiri hingga ke rumah dan kampung lawan.
Gerakan diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan dalam kampung kosong di kawasan sendiri atau lawan dan pemain hendaklah berhenti, sekiranya buah itu jatuh atau mati di kampung sendiri. Pemain itu boleh menembak kampung lawan yang setentang dengan kampungnya.
Pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan hingga buahnya mati. Sekiranya buah terakhir jatuh di dalam rumah sendiri, pemain boleh meneruskan permainan dengan mengambil buah yang masih banyak di mana-mana kampung sendiri. Sekiranya buah terakhir jatuh di kampung kosong pihak lawan, maka permainan itu mati di situ sahaja dan pihak lawan boleh memulakan permainan seterusnya hingga mati.
Setelah tamat pusingan pertama, setiap pemain mengisi semula kampung dengan buah congkak dan jika ada kampung yang tidak cukup buah, ia dianggap terbakar. Kampung ini tidak boleh diisi apabila bermain pada pusingan yang kedua, ketiga dan seterusnya hingga pihak lawan mengaku kalah.
batu seremban plak daahhh
Batu seremban juga dikenali sebagaipermainan Selambut dan Serembat.
Guli kaca, biji getah ,ketulan batu kerikil sederhana besar atau ketulan-ketulan objek lain berbentuk bulat ini biasanya digunakan oleh kanak-kanak dalam permainan ini sebanyak lima biji .
Buah Satu
Kesemua buah hendaklah diselerakkan dengan cara menabur di atas lantai, berkeadaan buah-buah itu tidak bersentuhan antara satu dengan yang lain. Sebiji buah diambil untuk dijadikan ibu, dan ibu hendaklah dilambungkan keudara, dalam masa yang sama sementara buah ibu masih berada diudara, sebiji lagi buah hendaklah dikutip. Dalam masa yang sama pemain hendaklah menyambut buah ibu, apabila telah disambut sebiji buah hendaklah digenggam di dalam tangan yang sebelah lagi. Perlakuan begini dibuat berterusan sehingga kesemua buah di atas lantai itu habis dilambung dan disambut.
Buah Dua
Cara buah dua dimainkan adalah serupa seperti buah satu, tetapi buah yang dikutip mestilah dengan dua biji serentak, ini bermakna hanya dua kali lambungan buah ibu dilakukan.
Buah Tiga
Buah tiga pula terdapat sedikit perbezaan. Langkah pertama adalah dengan mengutip sebiji buah dahulu, pada lambungan kali kedua pemain hendaklah mengutip tiga biji buah serentak.
Buah Empat
Pemain mengutip kesemua empat biji buah di atas lantai dan dalam masa yang sama hendaklah menyambut buah ibu yang telah dilambungkan.
Buah Lima
Diperingkat ini urutan dari memainkan buah empat, sementara di dalam tangan tergenggam lima biji buah, sebiji dari buah hendaklah dilambungkan dan empat
biji buah baki hendaklah diletakkan di atas lantai pula serta menyambut buah ibu sahaja.
Buah Enam
Ditahap buah enam terdapat perbezaan, ianya juga dinamakan buah tukar dimana dua biji buah dijadikan buah ibu. Apabila sebiji daripadanya dilambungkan ke udara maka sebiji lagi buah ibu itu hendaklah ditukarkan dengan buah lain yang terdapat di atas lantai, sehingga selesai.
Buah Tujuh
Buah tujuh adalah urutan dari peringkat permainan buah enam. Dua biji buah yang masih berada di dalam tangan hendaklah dilambungkan serantak. Sementera itu sebiji buah hendaklah dikutip. Buah ibu hendaklah disambut dengan kedua belah tangan, sebiji disebelah kanan dan sebiji lagi disebelah kiri. Pada buah ibu yang terakhir dilambungkah hendaklah juga disambut.
Dibeberapa tempat permainan ini dinamakan juga sebagai main sorok-sorok .
UNDIAN
Sebelum permainan dijalankan ,kesemua pemain akan mencari seorang yang dinamakan pencari. Undian secara la la li tam plong akan dijalankan kepada semua pemain.
CARA BERMAIN DAN PERATURAN
Setelah pencari ditentukan, ia hendaklah berdiri dengan menutup matanya di rumah induk. Kiraan akan dibuat 1 hingga 100 atau kurang bilangannya secara kuat. Setelah selesai kiraan dibuat, pencari akan mula mencari rakan pemain lain yang menyorok disekitar kawasan yang telah ditetapkan. Jika terdapat pemain yang menyorok diluar kawasan yang telah ditetapkan ia dikira jadi dan akan mengambil peranan sebagi pencari pula.
Sekiranya pencari telah menjumpai salah seorang dari mereka, hendaklah disebut dengan kuat namanya dan dituruti dengan sebutan ibu. Dalam masa yang sama pencari hendaklah berlari ke rumah induk serta mencuit induk, dengan tujuan mematikan pemain yang ditemui agar pemain itu tidak boleh mencuit induk pula. Pencarian ini akan dilakukan berterusan hingga kesemua pemain yang menyorok ditemui.
Setelah seleasi kesemua pemain yang menyorok ditemui dan tiada seorang pun yang dapat membantu membatalkan cuitan pencari ke rumah induk, maka pemain yang mula-mula ditemui itu akan jadi pencari pula.
Seandainya pemain yang ditemui itu sempat mencuit terlebih dahulu dari pencari ke rumah induk, maka pencari ini akan jadi semula sebagai pencari dan permainan dimulakan semula. Hal yang sedemikian juga boleh terjadi sekiranya salah seorang dari pemain mencuit rumah induk dengan menjeritkan perkataan ibu, maka permainan akan dimulakan semula dan pencari akan tetap memegang peranannya.
Permainan ini juga dinamakan sebagai ketinting. Di kampong-kampong gelanggang di buat dengan mengoreskan garisan di atas tanah sahaja, tetapi lain keadaannya pula dengan kanak-kanak yang berada di kawasan taman perumahan atau dikawasan pekan yang tiada halaman bertanah. Mereka akan menggunakan kapur tulis tepung atau apa sahaja yang dapat dilukiskan di atas jalan bertar.
Sebelum permainan dimulakan, undian dijalankan bagi menentukan pemain yang mana harus memulakan permainan terlebih dahulu. Lai lai li tam plong adalah kaedah bagi menentukan pemain pertama, kedua, ketiga dan seterusnya.
Bagi memulakan permainan, pemain hendaklah mencampakkan gundu ke dalam petak pertama dengan cara membelakangkan petak, begitu juga jika pemain telah berjaya melepasi pusingan pertama, kedua dan seterusnya cara mencampakkan gundu adalah sama. Jika gundu tidak masuk ke dalam petak yang ditentukan atau terkeluar ia di anggap mati dan hilang giliran. Pemain lain mengambil giliran pula.
Pemain dikehendaki melompat kedalam kesemua petak dengan sebelah kaki, kecuali di petak sembilan dengan kedua belah kaki. Tetapi bagi pemain yang baru sahaja memulakan permainan dimana gundu berada di petak pertama, maka pemain hendaklah melompat terus ke petak ketiga, tanpa memijak di petak kedua. Begitu juga dengan lompatan disetiap petak, seandainya pemain terpijak garisan ia dianggap mati dan giliran pemain lain mengambil alih permainan.
Setelah pemain melompat kembali ke garisan permulaan, setibanya di petak kedua dan keempat, pemain hendaklah memijak dengan kaki kanan di petak kedua dan kaki kiri di petak keempat. Setelah itu pemain dikehendaki melompat
ke petak ketiga pula dengan hanya sebelah kaki dan seterusnya gundu hendaklah dikutip di petak pertama lalu melompat ke petak pertama dan terus ke garisan penamat.
Setiap pemain tidak dibenarkan memijak petak dimana gundu berada di dalamnya, samada kepunyaan sendiri atau pihak lawan, jika ini berlaku ia dikira mati, giliran pemain seterusnya mengambil alih permainan.
jom main gasing
Gasing popular di Semenanjung terutama di Kelantan. Orang dewasa yang memajukan seni permainan ini,bagi kanak-kanak lebih gemar dengan gasing Melayu dan Cina,kerana saizyang lebih kecil dan mudah dipermainkan.
Jenis gasing yang terdapat di Malaysia termasuk gasing jantung , gasing piring atau leper, gasing keramar, gasing telur, gasing berembang, gasing Melayu, gasing Cina, gasing buku benang dan gasing pinang.
Gasing dimainkan dengan dua cara, iaitu sebagai gasing pangkah atau gasing uri. Gasing pangkah, dimainkan dengan melemparkannya supaya mengetuk gasing lawan. Gasing uri dipertandingkan untuk menguji ketahanannya berpusing.
Gasing pinang dimainkan oleh kanak-kanak. Buah pinang muda dikupaskan sabut dan kulitnya, dipangkaskan bahagian atas dan bahagian bawahnya, kemudian dicucukkan lidi buluh melalui pulurnya menjadi paksi serta pemegang gasing itu. Gasing ini boleh dilagakan atau diurikan.
Untuk memusingkan gasing, tali setebal 1.75 cm dan sepanjang 3 hingga 5 meter dililitkan pada jambulnya hingga meliputi seluruh permukaan gasing. Kemudian gasing itu dilemparkan ke atas tanah dan serentak dengan itu tali yang melilit jambuhnya direnggut.
sepak-sepak
Permainan ini juga dikenali sebagai sepak bulu ayam, sebuyam, atau chapteh. Permainan ini seperti sepak raga, tetapi bola yang digunakan adalah dari bulu ayam yang telah dibentuk seperti sejambak bunga.
Pemain disyaratkan menimbang bola bulu ayam tersebut dengan menggunakan tepi tumit kaki (tepi kaki sebelah dalam) sahaja atau juga dengan lutut. Sepakan tidak dibenarkan, jika dilakukan oleh pemain, ia dikira mati dan giliran pemain seterusnya mengambil alih pula. Permainan juga dikira mati sekiranya bola jatuh ketanah.
Mata dikira dengan cara, pemain mestilah menimbang bola tanpa henti atau mati dengan seberapa banyak timbangan yang dapat dilakukan. Pemain yang mendapat mata terendah jumlah timbangan dikira kalah, dan ia akan dikenakan denda. Pemain yang kalah dikehendaki melambungkan bola kepada pemenang, dan pemenang pula mestilah menimbang bola sebanyak tiga kali, sekiranya pemenang gagal berbuat demikian maka denda terhadap pemain yang kalah akan dikira tamat.Pusingan seterusnya boleh dilakukan beberapa kali, pemain yang memenangi disetiap pusingan atau jumlah kemenangan banyak kali dan melebihi dari yang lainnya dikira juara.
Permainan mencari cucu merupakan permainan tradisional yang dimainkan oleh kanak-kanak diluar rumah. Ianya dimainkan oleh beberapa orang dengan jumlah yang ramai.
Kesemua pemain membuat bulatan mengelilingi nenek dengan berpegangan tangan diantara satu sama lain.Sebuah dendangan akan dinyanyikan oleh cucu secara beramai-ramai :
Nyanyian
Nenek, nenek,
si bongkok tiga.
Siang mengantuk,
malam berjaga.
Mencari cucu
dimana berada.
Nenek kahwin
dengan anak raja
Ketika cucu bernyanyi berpusing –pusing mengelilingi nenek,maka perlakonan nenek seperti orang buta terbongkok-bongkok dengan menggunakan tongkat mencari jalan
Setelah cucu tamat mendendangkan nyanyian , maka nenek pula mengambil giliran mendendangkan nyanyiannya:
Nyanyian
Cucu, cucu
tak dapat lari.
Nenek tua
banyak sakti.
Sekarang nenek
nak cari ganti.
Siapa yang kena,
dia menjadi.
Setelah selesai dendangan nenek masing-masing cucu duduk mencangkung mendiamkan diri dengan harapan nenek tidak mengetahui kedudukan mereka. Dengan menggunakan tongkat nenek mencari-cari cucu yang mendiamkan diri disekelilingnya. Setelah berjaya menangkap seorang cucu nenek perlu meneka nama pemain tersebut dengan betul.
Sekiranya tekaan nenek itu betul maka pemain tersebut akan menjadi nenek menggantikan tempatnya. Seandainya tekaan itu tidak tepat maka watak nenek masih menjadi miliknya dan permainan diteruskan.
Berbagai jenis dan bentuk wau telah dicipta .
JENIS-JENIS WAU:
Wau burung , wau pari , wau katak , wau bayan , wau merak , wau kucing , wau jala budi , wau lenggang kebayan , wau sewah , wau barat dan yang sangat digemari oleh orang Melayu ialah wau bulan .
Pada kebiasaannya wau akan dimainkan oleh dua orang, iaitu seorang akan memegang wau dan seorang lagi dipanggil juru anjung yang memegang tali. Apabila angin bertiup maka tali akan ditarik melawan arus angin dengan cara menghulur dan menarik talinya sehinggalah wau tersebut tinggi di udara. Kilauan cahaya matahari akan menambah cantik lagi wau yang dihias berwarna-warni.
Permainan guli ialah melontarkan guli dengan tepat mengenai sasarannya .Ia biasanya oleh kanak-kanak lelaki yang berumur antara tujuh dan dua belas tahun .jumlah pemain tidak melebihi 5 orang .
Biji guli yang digunakan untuk permainan ini adalah jenis guli yang diperbuat daripada batu kapur , berwarna putih dan sebesar ibu jari kaki.
Untuk memulakan permainan setiap pemain perlu meleretkan biji guli masuk ke lubang induk.guli yang pertama masuk atau berdekatan dengan lubang tersebut adalah dikira menjadi pemain pertama yang memulakan permainan dan diikuti oleh guli yang kedua dan seterusnya.
Pemain pertama akan menjentik gulinya kepada semua guli yang berada di dalam kawasan bulatan agar terkeluar. Sekiranya jentikan tidak mengena ia dikira mati dan pemain kedua akan membuat jentikan kepada guli-guli yang ada, begitulah seterusnya sehingga semua pemain selesai membuat jentikan ke atas guli pemain lainnya.
Setiap pertukaran giliran kepada pemain berikutnya, pemain yang mengambil alih giliran dikehendaki memasukkan guli miliknya ke dalam lubang induk terlebih dahulu sebelum boleh menjetik guli lawan. Sekiranya guli tidak masuk ke dalam lubang induk, giliran untuk pemain lain diberikan.
Permainan ini bertujuan menentukan pasukan mana yang mempunyai bilangan ahli yang paling ramai . tiada sebarang lagu diperlukan ,cuma sebuah lagu yang dinyanyikan untuk mengiringi setiap langkah permainan.
Dua orang dipilih menjadi ketua, kebiasaanya bertubuh besar dan menggunakan nama samaran yang hanya diketahui oleh mereka berdua sahaja. Kedua-dua ketua ini akan berhadapan antara satu sama lain dengan memegang tangan masing-masing yang diangkat keatas, bagi memudahkan para ahlinya melintasi dibawahnya. Semasa ini sebuah nyanyian dialunkan 'Jan-jan jala Jala itik jala ayam. Berapa lubang kancil? Seratus lima puluh. Singgah Cik Dayang singgah. Makan sirih mulut merah." Sebaik sahaja lagu itu selesai dinyanyikan, ketua-ketua itu akan menangkap pemain terakhir yang sedang melintas.
Monday, September 6, 2010
Posted by Shahridzal Ibrahim at 1:24 AM 0 comments
islam is simple
salam,
setiap manusia ada hak untuk menikmati hidup yg penuh dengan kebahgiaan namun adakah kita pernah luangkan 5 saat untuk berfikir bilakah ajal kita mungkin tiba....memamg tidak dinafikan ada segelintir masyarakat terutamanya golongan remaja lupa dan alpa mengenai 'MATI'.mana tidaknya jika salah seorg dr rakan sebaya hendak insaf n sedar akan segala kesilapannya,rakannya bukannya mahu turut menyokong tetapi menjatuhkan maruahnya....contohnya
'ala bro ,relaks la....ko ni pikir mati pehal....lek lu....kita muda lg la...'
salah satu contoh....realitinya beribu2 lg contoh yg boleh dilontarkan lg....
apa yg ingin kongsi disini ialah budaya 'RELAKS' yang sering merosakkan remaja kita.
sikap relaks @bertenang bgs...tetapi haruslah kena pada tempat nya...
oleh itu,kita sebagai remaja haruslah menguasai ilmu fardu kifayah dgn sebaiknya....tanpa remaja kita seperti kita.....tiada pelapis dan generasi yang boleh menguruskan jenazah ibu n ayah kita....
dalam topic ini saya akan terangkan serba sedikit mengenai basic concept pengurusan jenazah
pengurusan jenazah terbahagi kpd 4 level iaitu
1.memandikan
2.mengkafankan
3.menyembahyangkan
4.mengkebumikan
MEMANDIKAN
1. apakah yg dimaksudkan dengan memandikan jenazah?
2. bagaimanan mahu memandikan jenazah?
3. perbezaan cara memandikan jenazah lelaki n perempuan
4. persoalan agama yg sering timbul
Posted by Shahridzal Ibrahim at 12:46 AM 0 comments
Saturday, September 4, 2010
muet owh muet
defination of muet is malaysian english test....it have introduced by....i will find out after this heheheheh.....im not ready yet...how can i front with strict n aggresive face judges.....hooooooooooooooooohoooo....my heart will beats if i thinks bout it...so dont think la...hehehe
Posted by Shahridzal Ibrahim at 7:38 PM 0 comments
ramadhan al mubarak
ramadhan is a month for us to repent all our sins that we have done during pass.....we should stand not taking any food n drinks until maghrib.during gap between maghrib n isyak ,we can proceed with reciting al -quran n do solat sunat....
after isyak we will solat sunat tarawikh that we done it either 8 rakkat or 20 rakaat n adding with 3 rakaat of witir.
islam is the most simple of life that educate n guide us to become more dicipline person .juz point at us either to do it or not
i will add more .insyaAllah
i end it with salam
Posted by Shahridzal Ibrahim at 7:31 PM 0 comments
salam
chemistry is fun!!!!
yeah that is correct.....
do u know what is the meaning of chemistry???/......come here n listen...hehehehe
chemistry is a tough subject....n deals with reaction....for example deals with catalyst,reactant will turn to product n many more.before u all expose to serious n deep of chemistry ,u all should strengthen your understanding in basic chemistry first.
Posted by Shahridzal Ibrahim at 7:26 PM 0 comments
all about chemical emgineering laboratory 315...huhuhu
salam and good morning....
today i want to share chemical engineering laboratory.this subject really challenge because it educate us to become more independent person.this subject take 3 hours per experiment.
the experiment i ve done is flow over weir,bod (biochemical oxygenated demand) ,n others....many more/
flow over weir is about the type of weir that have two basic shape that is v-notch n rectangular notch.different notch give different velocity...heheeeeee...it ve been proved by make some graph
Posted by Shahridzal Ibrahim at 7:20 PM 0 comments
salam
hye...we meets again..
today i think i want to study materials science....huhuhu
im taking 6 subject this sem....heat transfer,materials,osha,statistics,lab,. chemical reaction...hoho...dat all want to story mory oooo
Posted by Shahridzal Ibrahim at 4:42 PM 0 comments
yeaaaaaa....
cuti daaahhhhhh.....
salam 1 malaysia to all malaysia.....n oher country can create ur own salam la...hehehe..so long i not writng....sometimes my hand n brain for awhile....thinking what should i post......
hrrmmmmm...myb i should story n tell u all little bit during fasting....
for
before that i want to introduce myself first.....my name shahridzal n my friends call me shah n some call me ridzal....watever la....ok ....thank u...heheh...im taking diploma in chemical engineering...so , if u want to know about any chemical substances u all can ask me ...i will give best answer as i can ....
i will share wat im reads n learn ....juz want to share ....huhuh
now im reading about osha..did u know what is it?
it means occupational safety n health....i love this subject because it teach us to become dicipline student n worker that concern about safety.our life full of dangerous n hazardous actually.....start from we sleep until we sleep again at night.
the objective of the creation of the osha act is to protect ,secure us from dangerous...n to assist n educate us to care our self...our self is relly prudent n important to our company n country...juz we not realise it....
next, i learn about ergonomic....do u know what is ergonomic??/
lets me tell u...it is about study of work n dicipline that match with workplace n physiologically aspect....yeahhh...
heheheh...orait///
Posted by Shahridzal Ibrahim at 4:21 PM 0 comments

