Monday, September 6, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
hye....salam to all malaysian n other country,,,,dont know what to write actually...dont like to mumbling n say too much....but nice to use this blog..can release tension n relax....but we should use it wisely....
Kata – kata hikmah
Lidah ibarat peti emas tersilap cakap akan buruk padahnya
Semakin jauh kita cuba lari dari menyelesaikan masalah, semakin dekat ianya datang menghampiri kita…
Tingkah laku adalah umpama cermin dalam mana setiap orang mempamerkan imejnya.
Anyamlah buih buih di laut demi membuktikan cinta yang suci tanpa menodai keaslian pantai itu.
Jangan berbangga denga pujian teman kerana sebalik pujian terdapat satu kejian.
Jangan malu memberikan sedikit, kerana pemberian sedemikian lebih baik daripada tidak memberi sama sekali.
Orang sibuk sebenarnya tidak cekap, orang yang cekap tidak sibuk.
Kegagalan pertama, tidak ianya terus gagal: tetapi ianya kan membangkitkan cita cita yang bersemangat lagi teguh bagi sesiapa yang pernah mengalaminya.
Tiada bantal yang lebih lembut melainkan ribaan ibu sendiri
Airmata penyesalan yang mengalir umpama sungai yang mengalir mencuci kekotoran hati
Belajarlah bersyukur ketika mendapat keuntungan dan belajarlah tersenyum ketika menghadapi kerugian.
Cintaku kepada Tuhan kerana aku adalah ciptaan-Nya. Cintaku terhadap seseorang itu adalah kerana perasaan yang dicipta-Nya
Tiada gunanya 1000 janji janji manis yang dilafazkan sekiranya kau selitkan sekali kata-kata dusta yang kau akhiri dengan kemaafan.
Ilmu pengetahuan seumpama perigi di padang pasir dan bintang di malam yang gelap dari itu kejarilah ilmu seberapa daya yang dapat.
Hargailah diri, diri itu bukan ringgit nilainya.
Mengaku pandai di depan orang yang bodoh sama seperti berpidato di depan orang tuli.
Menilai diri sendiri adalah lebih susah dari menilai 1000 orang lain.
Kecantikan ibarat pepohon yang merimbun. Akan hilanglah serinya apabila dedaun berguguran.
Akar ilmu itu memangnya pahit tetapi buahnya adalah lazat.
Setitik airmata ibu yang tumpah dari perbuatanmu samalah pedihnya seperti sebutir peluru yang menembusi dadamu.
Seorang ibu sanggup memelihara 10 orang anak, tetapi 10 orang anak belum tertentu dapat memelihara seorang ibu.
Kejayaan adalah suatu pejalan bukannya suatu destinasi
Sifat utama pemimpin ialah beradab dan mulia hati – (Imam Al-Ghazali)
Musuh yang paling hebat di dunia ini ialah diri kita sendiri.
Orang yang paling bodoh ialah orang yang selalu risau atau marah kerana kesilapan orang lain.
jangan berputus-asa kerana biasanya anak kunci terakhirlah yang dapat membuka kunci.
Kemahuan yang tinggi akan mengubah persepsi seseorang terhadap sesuatu sehingga yang mustahil pun boleh terjadi.
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.
Jangan takut dan segan untuk setiap tindakan yang anda lakukan.Seluruh kehidupan adalah satu ujian.
Orang yang takut menghadapi kesukaran selamanya tidak akan maju. (Home)
Yang dikatakan kawan bukanlah orang yang sentiasa memuji-muji kamu, tetapi adalah orang yang dapat menunjukkan kesalahan kamu.
"Dan berbuatlah kamu akan kebaikan supaya kamu mendapat kemenangan." (Surah al-Hajj:77)
"Maka sifat sabar itu adalah sikap yang baik, dan hanya Allah sahajalah tempat meminta pertolongan" (Surah Yusuf:18)
Berunding cerdik dengan pandai, faham dua menjadi satu.
Sabar penghilang penat, tekun pembawa dekat.
Lebih berharga mutiara sebutir daripada pasir sepantai.
Terbang bangau sepanjang hari, ke tasik jua akhirnya dicari.
Biar kamu tidak cantik di mata penduduk bumi tetapi namamu menjadi perbualan penduduk langit.
Kita sering mengimbas kembali kenangan lalu tetapi jarang sekali berusaha untuk mengejar impian hari esok.
Tunjuk menjadi telaga budi, ajar menjadi suluh hati
Belajarlah berdiri dahulu sebelum cuba untuk berlari.
Kekayaan yang hilang boleh dikejar dengan usaha yang bersungguh-sungguh.
Kesihatan yang hilang boleh diperoleh dengan ubat-ubatan yang baik tetapi masa yang hilang sekali hilang akan terus hilang.
Jadilah seperti pohon kayu yang berbuah lebat, dibaling dengan batu dibalas dengan buah.
“Manusia adalah kejadian yang sempurna tetapi apa yang manusia lakukan selalunya yang kurang sempurna.”
Jangan takut kepada kegagalan kerana apa yang paling ditakuti ialah anda tidak mempunyai cita-cita untuk mencuba.”
“Kenal pasti kelemahan diri anda dan bertindak mulai sekarang”
“Langkah pertama untuk menuju kecemerlangan adalah dengan mempunyai sikap yang betul terhadap diri sendiri.”
“Setiap label yang kita berikan pada diri kita akan mempengaruhi perlakuan dan prestasi kita.”
“Sebagai seorang insan, kita tidak boleh gagal dalam hidup ini kerana kita dicipta bukan untuk gagal.”
“setelah kita mengenali diri kita sendiri, kita akan menyedari bahawa kejayaan adalah hak mutlak kita”
“jika mahu menjadi manusia yang berjaya, jangan sekali – kali memikirkan tentang kegagalan”
“jangan takut kepada matlamat yang gagal di capai kerana yang paling ditakuti ialah tiada matlamat untuk dicapai”
“Kunci kepada kejayaan adalah dengan mengenali diri sendiri.”
“Kegagalan itu hanyalah kekalahan sementara tetapi kekecewaan adalah kegagalan yang berkekalan.”
0 comments:
Post a Comment